Tuesday, 4 September 2012

Iklan Kemerdekaan..

video
Salam sejahtera semua, pada kali ini saya akan berkongsi dengan kalian semua 1 video iklan kemerdekaan. 
Baru-baru ini seluruh rakyat Malaysia telah menyambut dan meraikan hari kemerdekaan yang ke-55. Kita haruslah menghayati bulan kemerdekaan negara kerana ia nya dapat memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara. Kita juga harus menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah memperjuangkan kemerdekaaan negara.

Bagi saya video yang saya lampirkan di sini sangat menarik dan perlu difahami oleh kita semua. Bukan sekadar video kemerdekaan negara tetapi juga menayangkan nilai-nilai keguruan yang harus dipraktikan oleh kita sebagai bakal guru. 

Friday, 3 August 2012

Apa itu IQ, EQ dan SQ??????


Hai…pada kali ini kami sekelas telah diberikan tugas oleh pensyarah untuk membuat refleksi berkenaan kuliah kami pada minngu lepas iaitu bertajuk ‘apa itu IQ, EQ, dan SQ?’. Apa itu IQ, EQ dan SQ? Apakah kaitan di antara ketiga-tiga bahagian ini? Mengapa ketiga-tiga bahagian ini penting di dalam kehidupan kita? Adakah diri kita mempunyai ketiga-tiga bahagian ini? Tentu anda ingin tahu kan??hehe
Di bawah saya telah meringkaskan apa itu IQ, EQ dan SQ.
Intelligent Quotient (IQ) - What do I think?
IQ dianggap takkan berubah sampai seseorang dewasa, kecuali bila ada sebab kemunduran fungsi otak seperti penuaan dan kecelakaan. IQ yang tinggi memudahkan seorang murid belajar dan memahami berbagai ilmu. Ramai orang mempunyai IQ yang baik. Jumlah mereka yang masuk ke universiti meningkat saban tahun. Graduan makin bertambah sehingga sesetengah bidang sudah lebih daripada tahap yang diperlukan. Manusia menjadi semakin pandai. IQ semakin cerdas dan hebat.  Apa yang anda perlu tahu, otak kita mempunyai penapis yang tersendiri. Oleh itu, sebarang maklumat yang kita dapat akan diterima ataupun sebalik untuk kepentingan kita sendiri juga. Berlainan daripada kanak-kanak yang berusia 1-7tahun, ‘penapisnya’ tidak sekuat manusia dewasa, apa yang dilihat dan didengar itulah yang akan membentuk keperibadian mereka.
Emotional Quotient (EQ) - What do I feel?
          Pengertian EQ banyak melibatkan perasaan dan emosi seseorang manusia.  EQ dapat juga dikatakan sebagai kemampuan mendengar suara hati sebagai sumber informasi. Kecerdasan emosional merupakan kemampuan individu untuk mengenal emosi diri sendiri, emosi orang lain, memotivasi diri sendiri, dan mengelola dengan baik emosi pada diri sendiri dalam berhubungan dengan orang lain. NAMUN jika manusia mempunyai IQ dan EQ yang cerdas tetapi tidak mempunyai SQ yang cerdas, maka sudah pasti segala apa yang dilakukan hanya semata-mata ada sesuatu agenda lain. Ini bermakna IQ dan EQ semata-mata tidak cukup. Manusia harus dipimpin dengan SQ.
Spiritual Quotioent (SQ) - Who I am?
          Biasanya kalau kita tanya kt ibubapa, kawan-kawan apa itu IQ, EQ, SQ.. ramai yang tau tentang IQ,EQ tapi ramai yg xtau SQ???
SQ adalah sikap, tindak-tanduk, kelakuan, tutur kata dll.. zaman skrg ni bukan IQ, EQ yg penting tapi SQ..
Terlalu sedikit jumlah manusia yang mempunyai kecerdasan spiritual. Ramai di antara kita cerdas IQ dan EQnya di mana hubungan sesama manusia amat baik. Boleh dikatakan kita sebagai manusia ialah ‘spiritual being’ yang menjalani kehidupan sebagai ‘human being’..Spiritual ini tidak berfokus kepada fizikal tetapi proses mengenal diri sendiri.


Sunday, 22 July 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan


Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca refleksi saya pada ketika ini,

Kali ini saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai pengalaman saya semasa menyertai Senamrobik Serentak 1 murid 1 sukan. Acara senamrobik ini diadakan di padang IPG Kampus Bahasa Melayu pada 10 Julai 2012. Senamrobik  Serentak  1Murid  1Sukan  1Malaysia sebagai  kesinambungan  kepada  pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Semua pelajar IPG KBM wajib menyertai acara ini di padang.

Semasa pelaksanaan senamrobik ini, terdapat bekas-bekas atlet negara yang turut serta dalam acara ini. Saya melihat para rakan pelajar sangat gembira menyertai acara senamrobik ini walaupun panas terik pada pagi tersebut. Saya dapati aktiviti senamrobik ini sangat sesuai diadakan di seluruh sekolah bagi memupuk semangat diri pelajar untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Saya mendapat tahu juga matlamat aktiviti senamrobik ini untuk  melahirkan  generasi  murid  yang  cergas  dan  sihat,  dan  membudayakan  senaman  sebagai  amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka.  Menerusi senamrobik, setiap murid akan  tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta  dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti  senamrobik  ini  juga  bertujuan  membina  keyakinan  diri  murid  supaya  yakin  melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. 

Refleksi: Sebagai bakal guru, kita patut menggalakan murid supaya menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh sekolah. Bukan sahaja sukan, malah aktiviti senamrobik ini juga dapat menarik minat murid untuk menjaga kesihatan tubuh badan disamping dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar.

Karnival GEn-Y 2012


Salam sejahtera kepada semua yang akan membaca post saya ni. Ini merupakan post yang ketiga yang saya luahkan dalam blog kecerdasan emosi. Di sini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui sepanjang berada di PPISMP sem 3 ini. 

Pada 2 minggu yang lepas, saya dan hampir semua rakan sekelas telah menyertai karnival Gen-Y yang bertempat di Taman Metropolitan Batu. Kami ke sana dengan menaiki bas IB. Walaupun hampir tersesat tetapi akhirnya kami sampai jua di sana.

Setelah sampai di sana, kami berasa seronok kerana telah mendapat baju dan makanan free. Pelbagai acara menarik telah diadakan di karnival tersebut. Contohnya, gerai-gerai makanan, aktiviti riadah dan lain-lain. Sepanjang berada di karnival tersebut saya dan kawan-kawan tidak pernah berasa bosan kerana pertandingan telah diadakan.

Acara yang paling ditunggu-tunggu dalam karnival tersebut adalah cabutan bertuah. Wah, hadiahnya sangat menarik, hadiah utama merupakan sebuah motosikal. Tetapi malangnya, tiada seorang pun pelajar daripada IPGKBM yang bertuah sepanjang cabutan bertuah dijalankan.
Selain itu, terdapat artis-artis yang akan memeriahkan lagi karnival tersebut, tetapi malangnya rombongan kami terpaksa balik sebelum masanya kerana bas yang akan menghantar kami pulang akan menjemput pada pukul 6 petang. KAmi berasa sangat kecewa. Maklumlah, tidak pernah pun diantara kami melihat artis tersebut beraksi secara ‘live’.

Refleksi: Secara keseluruhannya, saya berasa sangat gembira sepanjang karnival berlangsung. Saya berharap agar karnival seperti ini akan diadakan pada masa akan datang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival berlangsung. KArnival seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama remaja terutama yang menyertai karnival ini. Namun terdapat sedikit kekecewaan apabila kami tidak dapat mengikut karnival sampai habis kerana terpaksa balik awal.

Tuesday, 10 July 2012

Bola Baling???


Salam Sejahtera semua,
Percaya tak pada minggu lepas, buat pertama kalinya saya memegang bola untuk permainan bola baling..hehe. Ini kerana permainan yang terpilih pada semester ini adalah bola baling. Mana taknya, semenjak di sekolah menengah dulu langsung tidak berminat untuk bermain dalam permainan bola baling ini. Banyak faktor yang menyebabkan saya tidak berminat akan permainan ini, pertamanya permainan ini sangat meletihkan kerana terpaksa berlari ke sana-sini. Oleh sebab itulah saya memilih permainan bola jaring saban tahun semasa sekolah. Kerana bermain permainan ini adalah minat saya.
                Setelah mendapat tahu yang saya terpilih untuk masuk permainan ini, pelbagai perasaan telah bertandang dalam fikiran saya. Balik saja ke asrama, saya terus mencari maklumat tentang permainan ini, bukannya saya tidak pernah melihat kawan-kawan yang lain bermain permainan ini tetapi saya hendak mempelajari serba sedikit asas permainan ini sebelum berlangsungnya perjumpaan pertama unutk permainan bola baling ini.
                 Pertama kali bermain permainan ini, setelah diajarkan oleh pensyarah tentang permainan ini, saya berasa sangat seronok. Biarpun letih, permainan ini sangat menyeronokan. Tambahan pula apabila bermain satu pasukan dengan rakan-rakan sekelas.
Refleksi: Pada mulanya memang saya jangka akan mendapat permainan bola baling ini kerana semasa memilih permainan kami hanya diberi dua pilihan sahaja iaitu permainan bola baling dan permainan tradisional. Memandangkan saya telah masuk permainan tradisional pada semester 2 yang lepas, sudah pasti saya akan masuk permainan bola naling pada kali ini. Namun telah bermain permainan ini, perasaan saya menjadi gembira kerana sudah tertarik dengan permainan ini. Adanya rakan-rakan menyebabkan saya bersemangat untuk mengikuti permainan ini. Sekian..

Tuesday, 3 July 2012

Coretan hati..

Salam sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang terbaca post saya ni terutamanya rakan-rakan sekelas PPISMP 3G yang sangat saya sayangi..hehe
Tujuan utama saya membuat post ini kerana ingin menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Tambahan pula ini merupakan post pertama yang saya utarakan dalam blog saya yang bertajuk Jurnal Kecerdasan Emosi ini.
Pada ketika ini, saya ingin berkongsi satu pengalaman saya yang berlaku pada minggu lepas. Nak dijadikan satu cerita, pada hari tersebut kelas berakhir pada tengah hari. Saya dan kawan-kawan balik ke asrama ikut jalan raya jadi bolehlah nak keluarkan duit kat atm IPBA. Dalam perjalanan balik, cuaca sangatlah panas, kami terpaksa berpayung semasa berjalan. Tetapi tetap juga berpeluh-peluh sambil berjalan, tambahan pula semasa perjalanan kami terpaksa pula tercium bau parit yang tidak menyenangkan. Ha habislah parit itu menjadi bahan sumpah seranah. Sudahlah mood menjadi tidak baik selepas balik kelas, ditambahkan lagi bilik kami di tingkat 6 Kolej Kediaman Adibah Amin yang sangat panas. Lagi lah mood menjadi tidak baik, balik bilik sendiri pun tidak tenang. Nak tidur pun memang tak jadi. Kenapalah bilik-bilik kat tingkat 6 ini dipasang aircond jer. Beginilah nasib siswi yang tinggal kat tingkat 6 ini. Kipas memang ada tetapi perlu ada kipas tambahan pula. Apalagi bad mood jer sampai ke petang. Dalam keadaan yang panas inilah yang membuatkan saya menjadi stress, kerja yang bertimbun-timbun pun dibiarkan. Nak tunggu hujan dan bilik ada sejuk sikit baru buat kerja kan..hehe
Sedang termenung mengenangkan nasib kami yang malang, tiba-tiba saya dikejutkan dengan deringan telefon saya. Bukan main terkejut lagi saya apabila menerima panggilan daripada bapa tercinta. Saya fikir apalah bapa saya buat kat pekan sampai hari pun dah malam. (untuk pengetahuan pembaca sekalian, kampung kami tiada line telefon, bekalan elektrik usah disebut memang tiada juga, jadi kalau nak main handphone kenalah pergi ke pekan Julau yang jaraknya 30 minit sahaja..kesian kan). Jadi saya pun tanya ada perkara penting hendak diberitahu ke..pada mulanya, saya ingat bapa main-main, sebab dia jawab dia telefon dari rumah. Selepas itu barulah saya tahu bahawa sudah ada line telefon dirasmikan di kampung kami petang itu juga.haha Terus sahaja mood saya menjadi baik dikala itu juga, sebab pada hari esok dan seterusnya bolehlah saya telefon keluarga untuk melepaskan rindu.

Refleksi: Pengajaran daripada cerita saya yang panjang lebar di atas, saudara-saudari hendaklah mengawal emosi dengan bijak. Jangan jadikan kesusahan sebagai halangan untuk kita meneruskan hidup. Janganlah seperti saya yang menjadi tidak sabar oleh sebab cuaca yang sangat panas dan menyebabkan kerja-kerja terpaksa ditangguhkan. Namun, emosi saya secara drastiknya berubah menjadi gembira apabila ada ahli keluarga yang menghubungi. Ini bermaksud apabila kita berasa dalam keadaan stress, sokongan keluarga dan rakan-rakan sangat membantu untuk memberi kita semangat...sekian..