Tuesday 10 July 2012

Bola Baling???


Salam Sejahtera semua,
Percaya tak pada minggu lepas, buat pertama kalinya saya memegang bola untuk permainan bola baling..hehe. Ini kerana permainan yang terpilih pada semester ini adalah bola baling. Mana taknya, semenjak di sekolah menengah dulu langsung tidak berminat untuk bermain dalam permainan bola baling ini. Banyak faktor yang menyebabkan saya tidak berminat akan permainan ini, pertamanya permainan ini sangat meletihkan kerana terpaksa berlari ke sana-sini. Oleh sebab itulah saya memilih permainan bola jaring saban tahun semasa sekolah. Kerana bermain permainan ini adalah minat saya.
                Setelah mendapat tahu yang saya terpilih untuk masuk permainan ini, pelbagai perasaan telah bertandang dalam fikiran saya. Balik saja ke asrama, saya terus mencari maklumat tentang permainan ini, bukannya saya tidak pernah melihat kawan-kawan yang lain bermain permainan ini tetapi saya hendak mempelajari serba sedikit asas permainan ini sebelum berlangsungnya perjumpaan pertama unutk permainan bola baling ini.
                 Pertama kali bermain permainan ini, setelah diajarkan oleh pensyarah tentang permainan ini, saya berasa sangat seronok. Biarpun letih, permainan ini sangat menyeronokan. Tambahan pula apabila bermain satu pasukan dengan rakan-rakan sekelas.
Refleksi: Pada mulanya memang saya jangka akan mendapat permainan bola baling ini kerana semasa memilih permainan kami hanya diberi dua pilihan sahaja iaitu permainan bola baling dan permainan tradisional. Memandangkan saya telah masuk permainan tradisional pada semester 2 yang lepas, sudah pasti saya akan masuk permainan bola naling pada kali ini. Namun telah bermain permainan ini, perasaan saya menjadi gembira kerana sudah tertarik dengan permainan ini. Adanya rakan-rakan menyebabkan saya bersemangat untuk mengikuti permainan ini. Sekian..

No comments:

Post a Comment