Tuesday 3 July 2012

Coretan hati..

Salam sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang terbaca post saya ni terutamanya rakan-rakan sekelas PPISMP 3G yang sangat saya sayangi..hehe
Tujuan utama saya membuat post ini kerana ingin menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Tambahan pula ini merupakan post pertama yang saya utarakan dalam blog saya yang bertajuk Jurnal Kecerdasan Emosi ini.
Pada ketika ini, saya ingin berkongsi satu pengalaman saya yang berlaku pada minggu lepas. Nak dijadikan satu cerita, pada hari tersebut kelas berakhir pada tengah hari. Saya dan kawan-kawan balik ke asrama ikut jalan raya jadi bolehlah nak keluarkan duit kat atm IPBA. Dalam perjalanan balik, cuaca sangatlah panas, kami terpaksa berpayung semasa berjalan. Tetapi tetap juga berpeluh-peluh sambil berjalan, tambahan pula semasa perjalanan kami terpaksa pula tercium bau parit yang tidak menyenangkan. Ha habislah parit itu menjadi bahan sumpah seranah. Sudahlah mood menjadi tidak baik selepas balik kelas, ditambahkan lagi bilik kami di tingkat 6 Kolej Kediaman Adibah Amin yang sangat panas. Lagi lah mood menjadi tidak baik, balik bilik sendiri pun tidak tenang. Nak tidur pun memang tak jadi. Kenapalah bilik-bilik kat tingkat 6 ini dipasang aircond jer. Beginilah nasib siswi yang tinggal kat tingkat 6 ini. Kipas memang ada tetapi perlu ada kipas tambahan pula. Apalagi bad mood jer sampai ke petang. Dalam keadaan yang panas inilah yang membuatkan saya menjadi stress, kerja yang bertimbun-timbun pun dibiarkan. Nak tunggu hujan dan bilik ada sejuk sikit baru buat kerja kan..hehe
Sedang termenung mengenangkan nasib kami yang malang, tiba-tiba saya dikejutkan dengan deringan telefon saya. Bukan main terkejut lagi saya apabila menerima panggilan daripada bapa tercinta. Saya fikir apalah bapa saya buat kat pekan sampai hari pun dah malam. (untuk pengetahuan pembaca sekalian, kampung kami tiada line telefon, bekalan elektrik usah disebut memang tiada juga, jadi kalau nak main handphone kenalah pergi ke pekan Julau yang jaraknya 30 minit sahaja..kesian kan). Jadi saya pun tanya ada perkara penting hendak diberitahu ke..pada mulanya, saya ingat bapa main-main, sebab dia jawab dia telefon dari rumah. Selepas itu barulah saya tahu bahawa sudah ada line telefon dirasmikan di kampung kami petang itu juga.haha Terus sahaja mood saya menjadi baik dikala itu juga, sebab pada hari esok dan seterusnya bolehlah saya telefon keluarga untuk melepaskan rindu.

Refleksi: Pengajaran daripada cerita saya yang panjang lebar di atas, saudara-saudari hendaklah mengawal emosi dengan bijak. Jangan jadikan kesusahan sebagai halangan untuk kita meneruskan hidup. Janganlah seperti saya yang menjadi tidak sabar oleh sebab cuaca yang sangat panas dan menyebabkan kerja-kerja terpaksa ditangguhkan. Namun, emosi saya secara drastiknya berubah menjadi gembira apabila ada ahli keluarga yang menghubungi. Ini bermaksud apabila kita berasa dalam keadaan stress, sokongan keluarga dan rakan-rakan sangat membantu untuk memberi kita semangat...sekian..

No comments:

Post a Comment