Sunday 22 July 2012

Karnival GEn-Y 2012


Salam sejahtera kepada semua yang akan membaca post saya ni. Ini merupakan post yang ketiga yang saya luahkan dalam blog kecerdasan emosi. Di sini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui sepanjang berada di PPISMP sem 3 ini. 

Pada 2 minggu yang lepas, saya dan hampir semua rakan sekelas telah menyertai karnival Gen-Y yang bertempat di Taman Metropolitan Batu. Kami ke sana dengan menaiki bas IB. Walaupun hampir tersesat tetapi akhirnya kami sampai jua di sana.

Setelah sampai di sana, kami berasa seronok kerana telah mendapat baju dan makanan free. Pelbagai acara menarik telah diadakan di karnival tersebut. Contohnya, gerai-gerai makanan, aktiviti riadah dan lain-lain. Sepanjang berada di karnival tersebut saya dan kawan-kawan tidak pernah berasa bosan kerana pertandingan telah diadakan.

Acara yang paling ditunggu-tunggu dalam karnival tersebut adalah cabutan bertuah. Wah, hadiahnya sangat menarik, hadiah utama merupakan sebuah motosikal. Tetapi malangnya, tiada seorang pun pelajar daripada IPGKBM yang bertuah sepanjang cabutan bertuah dijalankan.
Selain itu, terdapat artis-artis yang akan memeriahkan lagi karnival tersebut, tetapi malangnya rombongan kami terpaksa balik sebelum masanya kerana bas yang akan menghantar kami pulang akan menjemput pada pukul 6 petang. KAmi berasa sangat kecewa. Maklumlah, tidak pernah pun diantara kami melihat artis tersebut beraksi secara ‘live’.

Refleksi: Secara keseluruhannya, saya berasa sangat gembira sepanjang karnival berlangsung. Saya berharap agar karnival seperti ini akan diadakan pada masa akan datang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival berlangsung. KArnival seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama remaja terutama yang menyertai karnival ini. Namun terdapat sedikit kekecewaan apabila kami tidak dapat mengikut karnival sampai habis kerana terpaksa balik awal.

No comments:

Post a Comment